Monday, June 8, 2015

Macam mana nak tingkatkan page view?

Aku bagi tips senang je untuk tingkatkan page view korang. Buat je la karangan SPM untuk post kat blog korang. TAPI pastikan hasil karangan korang bukan tiru daripada orang lain! Gerenti ramai pelajar yang bakal menduduki exam check korang punya blog untuk jadikan bahan rujukan. Buktinya, page view blog aku tiba-tiba meningkat sejak aku post entry karangan SPM.

Pastikan juga mutu karangan korang superb atau paling tak pun yang mutu B+ dan ke atas. Mutu cap ayam jangan post, bukan sahaja view tak meningkat, silap hari bulan makian yang meningkat.

Selamat mencuba! :)

Perhatian. Tips ni cuma sesuai untuk orang yang pandai buat karangan je. Kalau tak pandai buat karangan BM atau BI jangan cuba-cuba copy paste hasil karangan orang lain dan post di blog anda. Tak pasal-pasal kena saman kang padan muka.

Thursday, September 4, 2014

Life in UCSI University

Yo sup! Berabad lamanya aku tak update blog aku. Okay, why am I posting this entry? It's because I'm assigned by my lecturer to blog about the lesson that he taught us. But before I post those school stuffs, I wanna tell you about the life in UCSI sebab rasa macam terlalu tiba-tiba je kalau aku tak post apa and then terus post pasal school assignments.

  1. Environment- It's a good place to study, compared to Damansara since there are not that much of entertainments except for a few small malls. But it can be quite noisy at the South Wing where there will be many events taking place throughout the year. 
  2. Facility- There are gym, library, swimming pool, multipurpose hall where you can play badminton or basketball there, pool table, computer lab, discussion rooms and ballroom. Have I said that the library is 5 floors high? So the facilities is quite complete for me
  3. Lecturers- There are good and not so good lecturers. But I can say that all lecturers are okay. You don't expect them to spoon-feed you though. It's already tertiary education!
To be honest, the management sucks. Unorganized time table, clashing classes during early weeks of semester and more. The speed of the wi-fi can also be annoyingly slow. But at least only these are the bad things that I could think of. If you plan to enroll here, you're very welcomed as there are many friendly students around here.

Sunday, July 21, 2013

Apa nak buat lepas Form 5 / Tingkatan 5/ SPM?

Mesti ramai yang pening apa yang korang nak buat lepas form 5. Jangan risau, korang bukan satu-satunya orang yang pening. Aku pun dulu 2 kali 5 juga. Sekarang ni dengan experience aku yang agak matang *cehh* aku nak share sikit la apa yang korang boleh buat.

Untuk lanjutkan pelajaran ada dua cabang iaitu:

  1. Kerajaan
  2. Swasta
Sebelum masuk universiti untuk degree, korang kena masuk pra-universiti dulu.

1) Kerajaan ( Pra Universiti)

Untuk lanjutkan pelajaran (pra-universiti) kat institut kerajaan, korang kena apply pakai upu. Tapi sebelum tu korang kena beli pin BSN. Harga dia tak silap RM6.50 kot. Tapi tak tau la sekarang harga dia berapa. Korang boleh beli pin tu kat Bank Simpanan Negara. Google je cara dia macam mana. Nanti bila dah apply, nama korang akan disimpan kat data kerajaan. Korang akan dipilih sama ada layak untuk masuk matrikulasi, asasi (tak pasti sgt pasal ni) atau paling kurang pun politeknik bergantung kepada result SPM korang. Kalau korang bukan bumiputera, sorry to say, susah sikit nak masuk matrikulasi atau asasi universiti kerajaan. Sebab ratio dia 90% bumiputera, 10% kaum lain. Sebab ni la aku tak apply upu, kalau apply pun bukan boleh dapat sebab aku bukan bumiputera. Haha. Kalau korang tak terpilih ataupun korang yang malas sangat nak apply upu macam aku ni boleh la masuk Form 6.

Kerajaan (Universiti)

Lepas korang dah habis pra-u, korang boleh masuk universiti dengan syarat korang lulus pra-u korang. Untuk course macam medicine, destistry, pharmacy, atau course science yang lain selalunya kena dapat cgpa 3.5 ke atas atau 2A1B untuk SPM baru boleh masuk sebab saingan dia kuat! Especially medicine. Kadang orang yang dapat cgpa 4.0 atau STPM dia straight A pun tak dapat tawaran medicine. Bila korang lulus Pra-universiti, korang akan dapat surat tawaran untuk pergi ke universiti kerajaan yang ditawarkan kat surat tu. Bagi yang lulus dengan cemerlang, korang akan dapat tawaran universiti-universiti yang gempak. Tapi yang lulus cukup-cukup makan tu, dapat ler universiti cap ayam. Hahaha. Jangan marah ek. Aku bagitau sejujur yang mungkin.

2)Swasta (Pra universiti)

Haa yang ni aku memang lagi tau sikit sebab aku Pra-u kat swasta. Hehe. Korang boleh pilih sama ada nak amik A-level, Foundation (Science/Art/Business etc), IB, atau diploma kat mana-mana kolej atau universiti swasta. Apply kolej atau uni swasta ni gila senang berbanding kerajaan and korang akan lebih mudah diterima walaupun keputusan korang agak hampeh. Tapi keburukan dia, swasta ni lagi mahal berbanding kerajaan. Korang cuma boleh buat pinjaman ptptn kalau korang amik diploma je. Kalau yang lain memang tak boleh. Tapi kalau boleh result SPM bagi la gempak sikit biar boleh dapat scholarship atau paling tak pun dapat diskaun. Macam aku, dapat 50% diskaun beb. (Bukan nak menunjuk-nunjuk, sekadar motivasi :p ).

Swasta (Universiti)

Untuk masuk universiti swasta, korang kena lulus juga dalam pra universiti. Semua universiti swasta juga terima pelajar dari STPM and sebahagian terima pelajar dari matrikulasi.


Aku amik laluan mana?

Aku pula amik laluan mana? Apa? Korang tak tanya? Kisah apa plak aku, blog aku, sukati aku la nak taip apa. HAHA. Aku masa habis SPM kerja sebagai Logistics kat kedai buku Popular sementara tunggu result keluar. Result SPM aku okay je kot, cuma 7A & aku ni science stream. Lepas dapat result aku terus resign kerja and apply A-level kat KDU untuk March intake. Yuran aku dapat potongan disebabkan result SPM aku. Nanti lepas A-level aku mungkin akan sambung kat UCSI university untuk degree aku, amik course Food Science.


Kalau korang ada apa-apa soalan, sila tanya. Sebelum tanya, sila kemukakan:

1) Minat course apa
2) Kerajaan atau Swasta


Saturday, January 5, 2013

Makan Angin (Indonesia)

Bulan Disember 2012 merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku. Sibuk makan angin. Hehe.. Macam-macam tempat aku pergi. Tapi aku paling suka kebun teh Brebes. Aku suka sebab cuaca dia yang nyaman & suhu dia yang rendah. Kalau keluar asap (wap air) dari mulut masa cakap-cakap bila kat sana tu perkara normal. Paling sejuk gila bila waktu bangun subuh. Pergh menggigil bila aku bangun tidur. Ni la antara gambar kat sana.











Aku kat sana menginap satu malam. Sewa satu rumah harga dia Rp400000, lebih kurang RM180. Murah la jugak sebab sewa satu rumah, bukan satu bilik. Besar pula tu. Lagi satu, aku rasa Genting Highland dengan Cameron Highland pun kalah dengan kesejukan tempat ni. Mungkin sebab tempat ni terletak jauh lebih tinggi dari aras laut berbanding Genting ngan Cameron Highland. 

Sunday, November 4, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM!

Guys, I just wanna thank to those who visited my blog. Apekehe tetibe aku speaking ni, esok dah la ada exam BM. Cakap BM je la.. Okay tanpa memanjangkan cerita yang pendek lagi ketot ni aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua calon SPM tahun 2012. Aku pun salah seorang calon SPM, so aku pun sebenarnya nervous jugak nak tunggu esok ni. Apapun, tidur cukup-cukup biar segar esok. All the best guys!

Saturday, November 3, 2012

Karangan Pencemaran Sungai

# Hak cipta sendiri. Kalau nak copy sila inform. Terima kasih.

    Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat seantero dunia tentang isu pencemaran sungai. Lantaran terlalu sering dihidangkan pembangunan yang semakin rancak, tidak hairanlah jika kita sering tersentak dengan pelbagai permasalahan berkaitan dengan sungai tercemar. Ratusan usaha telah dimulakan sama ada oleh kerajaan mahupun dari organisasi bukan kerajaan. Namun, isu pencemaran sungai ini terus-menerus terpampang di dada akhbar sehingga tidak kelihatan titik noktahnya. Lama-kelamaan, isu ini menjadi semakin dilupakan kerana masyarakat sudah lali dengan berita yang semakin basi. Persoalannya, siapakah yang patut dipersalahkan di atas kerosakan ini?

    Sebagaimana yang kita ketahui, manusia telah lama bergantung dengan sungai demi mendapatkan keperluan asas. Jadi, tidak hairanlah jika ramai orang membina petempatan di pinggir sungai. Namun, ada masyarakat yang membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai tanpa memikirkan natijahnya. Perkara sebegini sudah menjadi lumrah masyarakat sehingga ramai yang hanya bersikap menutup mata apabila ada pihak yang membuang sampah ke dalam sungai. Kemalasan pihak yang tidak bertanggungjawab ini sudah pastinya membawa kepada kesan yang negatif. Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Pengaliran, setiap tahun terdapat 55000 hingga 77000 tan sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai. Walaupun terdapat puluhan perangkap sampah yang dipasang di sepanjang sungai, masih banyak lagi sampah yang masih hanyut hingga ke laut. Akibatnya, sampah sarap ini bukan hanya mencemarkan sungai malah laut juga turut tercemar.

    Bertitik tolak daripada itu, terdapat juga faktor pembuangan sisa toksik daripada kilang perindustrian. Bahan buangan perindustrian pada umumnya bersifat asid dan berbahaya kepada alam sekitar. Keasidan bahan buangan ini sudah tentu akan membawa perubahan drastik kepada kehidupan akuatik di dalam sungai.  Jumlah ikan akan menurun kerana terdedah kepada keasidan sisa toksik perindustrian. Akibatnya, nelayan akan hilang punca pendapatan kerana kekurangan hasil tangkapan. Sikap ibarat 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' yang ditunjukkan oleh pengusaha kilang ini juga turut memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat umum. Sungai yang selama ini menjadi punca air minuman akan menyebabkan kesihatan orang ramai terjejas kerana kandungan air yang kotor dan bertoksik. Jadi, sikap acuh tidak acuh pengusaha kilang perlu dibanteras demi kesihatan manusia sejagat.

    Dalam konteks ini, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai iaitu pertanian. Pertanian merupakan punca utama mengapa sungai-sungai di kawasan pedalaman tercemar. Pencemaran ini berlaku akibat baja yang mengalir daripada kawasan pertanian ke arah sungai. Pada umumnya, baja mengandungi ammonium dan nitrat yang akan merangsang pertumbuhan alga di dalam sungai. Hal ini justeru akan menyebabkan pertumbuhan alga yang tidak terkawal. Pada masa yang sama, hidupan akuatik tidak mendapat oksigen daripada permukaan air lalu menyebabkan banyak hidupan akuatik mati. Fenomena eutrofikasi ini akan menyebabkan tahap oksigen di dalam air menurun dengan drastik dan seterusnya menyebabkan pencemaran sungai yang teruk.

    Dalam zaman yang serba canggih ini, sesuatu kawasan seringkali tidak terlepas daripada proses urbanisasi. Pembangunan kini semakin rancak 'bak cendawan tumbuh selepas hujan'. Namun, proses urbanisasi ini turut mendatangkan kesan negatif terutamanya kepada sungai. Gangguan fizikal yang disebabkan oleh pembangunan menyebabkan struktur sungai berubah sehingga timbul mendapan-mendapan kotor di pinggir sungai. Di samping itu, sistem rawatan kumbahan yang tidak sistematik turut menyebabkan pencemaran sungai menjadi semakin parah. Faktor-faktor sebegini secara tidak langsung memberi sebab utama mengapa kawasan bandar mempunyai sungai yang sangat tercemar.

    Konklusinya, pencemaran sungai pada masa kini semakin menjadi-jadi. Oleh itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam memulihara sungai yang tercemar. Kita perlu memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan sungai mulai sekarang kerana jika 'nasi sudah menjadi bubur', tidak banyak yang dapat kita usahakan untuk merawat sungai yang tercemar. Jika semua masyarakat berganding bahu 'ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni', nescaya isu pencemaran sungai ini akan dibanteras dengan jayanya.

Monday, August 27, 2012

Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon Bimbit


Ini hasil kerja aku ya! Bukan tiru. So, kalau nak cilok bagitau la dulu. Hehe :)

  Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai  sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar.  Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap masyarakat?
   
  Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu  juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.
   
  Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara.
   
  Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara ini.
  
  Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang  yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.
   
  Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.
    
   Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...