Thursday, January 26, 2012

Peribahasa sama maksud

 Salam. Seperti yang telah dijanjikan aku nak share info-info tentang SPM buat semua calon SPM (PMR pun boleh guna juga )

Peribahasa sama maksud


Dalam kertas 1 Bahasa Melayu ada bahagian yang memerlukan pelajar menggunakan kemahiran peribahasa. Tapi, beri maksud berdasarkan peribahasa atau cari peribahasa berdasarkan maksud sepatutnya sudah sinonim kepada pelajar tingkatan 5. Namun, beri peribahasa yang sama maksud berdasarkan peribahasa yang diberi agak sukar untuk dikuasai pelajar. Berikut adalah contoh-contohnya:-


  1. Bagai isi dengan kuku
Peribahasa sama maksud : Bagai aur dengan tebing
   
   2. Bapa borek anak rintik

Peribahasa sama maksud : -Bagaimana acuan begitulah kuihnya
                                         -Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
                                         -Salin tak tumpah

  3. Bagai ikan pulang ke lubuk

Peribahasa sama maksud : -Bagai sirih pulang ke gagang
                                         -Setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di kerbau
                                         -Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri
                                         -Bagai belut pulang ke lumpur

   4. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Peribahasa sama maksud : -Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
                                         -Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni

   5. Bagai menghitung bulu kambing

Peribahasa sama maksud : -Bagai mencurah air ke pasir
                                         -Bagai mencuraah garam ke laut
                                         -Bagai menghitung buah kerayung
                                         -Bagai mencurah air ke daun keladi
                                         -Sepak kertas

6. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Peribahasa sama maksud : -Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang kemudian
                               
7. Rambut sama hitam hati lain-lain

Peribahasa sama maksud : -Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
                                         -Lain padang lain belalang


Ini semua aku dapat daripada cikgu BM aku. Terima kasih cikgu Zul. =)


4 comments:

  1. Maafkan saya.. Pada pendapat saya terdapat perbezaan di antara

    i) Bagai mencurah air ke daun keladi
    ii) Bagai mencurah air ke atas pasir
    iii) Bagai mencurah garam ke dalam laut

    Dari segi perkataan sahaja kita sudah boleh bezakan..

    i) Curah air --> Daun keladi --> Tidak diserap/bertakung -- Air tumpah ke bumi
    ii) Curah air --> Pasir --> Struktur kukuh (keras) --> Lembut/Cair
    iii) Curah garam --> Laut banyak garam --> Tidak berubah/Makan masa lama

    Untuk peribahasa (i), seolah2 menasihati seseorang yang ego @ bodoj sombong
    Untuk peribahasa (iii), seolah2 memberi derma kepada orang kaya..

    Maafkan kalau saya salah..

    Saya menggunakan logik akal selain daripada fakta sains dan critical thinking..

    ReplyDelete
  2. Maafkan saya.. Pada pendapat saya terdapat perbezaan di antara

    i) Bagai mencurah air ke daun keladi
    ii) Bagai mencurah air ke atas pasir
    iii) Bagai mencurah garam ke dalam laut

    Dari segi perkataan sahaja kita sudah boleh bezakan..

    i) Curah air --> Daun keladi --> Tidak diserap/bertakung -- Air tumpah ke bumi
    ii) Curah air --> Pasir --> Struktur kukuh (keras) --> Lembut/Cair
    iii) Curah garam --> Laut banyak garam --> Tidak berubah/Makan masa lama

    Untuk peribahasa (i), seolah2 menasihati seseorang yang ego @ bodoj sombong
    Untuk peribahasa (iii), seolah2 memberi derma kepada orang kaya..

    Maafkan kalau saya salah..

    Saya menggunakan logik akal selain daripada fakta sains dan critical thinking..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...