Monday, August 27, 2012

Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon Bimbit


Ini hasil kerja aku ya! Bukan tiru. So, kalau nak cilok bagitau la dulu. Hehe :)

  Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai  sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar.  Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap masyarakat?
   
  Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu  juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.
   
  Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara.
   
  Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara ini.
  
  Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang  yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.
   
  Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.
    
   Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.

108 comments:

  1. trial spm 2012 ade kluar nie kn ?

    ReplyDelete
  2. haha.. ye memang keluar ni untuk trial.. ni pun buat last2 minute utk org yg bakal menghadaapi trial.. :)

    ReplyDelete
  3. woahhhh nak tiru pendahuluan bole ?
    tengah buat krangan pasal ni , xtau lah maybe cekgu amik tajuk ni dri trial hari tu kot :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. mohon untuk mengopy ye.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ok saya nk share.. tq so much

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Really good point you have. May I take those point especially the last point.

    ReplyDelete
  7. Salam,mohon share ye.. =)

    ReplyDelete
  8. salam, mohon diizinkan untuk meminta points nya ye?:)

    ReplyDelete
  9. salam,mohon copy yerk..

    ReplyDelete
  10. Nk copy skit
    Can i? Thanks :-)

    ReplyDelete
  11. sory mntx dicopy ye. thanxs kamsahamida

    ReplyDelete
  12. nakkk copyyyyyy :D

    ReplyDelete
  13. nak copy ~ :) http://eydamylove.blogspot.com/ , @eydamylove (twitter)

    :D

    ReplyDelete
  14. Nak copy!thanksss

    ReplyDelete
  15. Hai, as-salam.. :) mohon nak cilok ayat sikit2 tau, tq.. :)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum.. nak copy isi boleh ye... :D thanks soo much..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.. nk copy isi je untuk homework..hehe, anyway thanks

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, nak cilok bleh? :D haha...

    ReplyDelete
  19. mntak izin nk cOpy ni...bOleh nah???hehe..tq!

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum? Nak minta buat rujukan, boleh?

    ReplyDelete
  21. izinkan saya mencilok ayt pendahuluan :-)

    ReplyDelete
  22. boleh saya celop,ayat2 yg power dri karangan ini?

    ReplyDelete
  23. soalan nak kesan kann??
    tp psal byk kbaikn ??
    bknkh kesan tuu perkara yang negatif??

    ReplyDelete
  24. Minta izin 'curi' idea........ Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. nk minta izin nk copy ye..thanks,..

      Delete
  25. salam .. nk copy bl kan.. t.ksih..

    ReplyDelete
  26. salam minta copy . terima ksih

    ReplyDelete
  27. Salam, copy sket yer... Macam artikel pro dah saye bace hehe

    ReplyDelete
  28. nak copy sikit ye. Thank you :)

    ReplyDelete
  29. tumpang copy ye bang xD




    ReplyDelete
  30. Mintak izin copy yer ? Tolong halalkan :)

    ReplyDelete
  31. Assalamu'alaikum, minta izin copy boleh?

    ReplyDelete
  32. mitak ye? :) tq

    ReplyDelete
  33. im about to copy it okey?! thankyou

    ReplyDelete
  34. salam , mohon halalkan untuk meniru... hehe . thanks :)

    ReplyDelete
  35. tq :)sy copy tau~

    ReplyDelete
  36. I'll copy this essay. thanks :)

    ReplyDelete
  37. nk uat rujukan eh. maseh ^^v

    ReplyDelete
  38. salam pakcik blog,, minta izin copy ea? boleh ea? mekasih :)

    ReplyDelete
  39. salam, mintak izin copy, tngah wt karangan tajuk ni...

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. salam . bang , saya amik karangan abg ni na buad rujukan ye :) ! thankyou :)

    ReplyDelete
  42. mohon share ye ..

    ReplyDelete
  43. copy this essay

    ReplyDelete
  44. nak cilok ye. Thanks!

    ReplyDelete
  45. Nak copy ckit ayt ye..kamsahamida!!

    ReplyDelete
  46. I'll copy this essay for reference, thank you!

    ReplyDelete
  47. nak mintak izin copy ayt ckit ea..thanks..

    ReplyDelete
  48. Done my homework, copy okay? Heeee :D

    ReplyDelete
  49. nak mintak copy sikit .. terime kasih :)

    ReplyDelete
  50. as salam...mintak izin tuk tengok ayat and point yer..;))))

    ReplyDelete
  51. salam...nok mitok isi sikik boh...

    ReplyDelete
  52. salam.. saya nk cilok ye.. tq :)

    ReplyDelete
  53. nak ambik sikit isi-isi boleh???
    tengah tak de idea nak wat karangan tentang ni :)

    ReplyDelete
  54. copy yer tuan empunya karangan :) soalan ramalan utk 2013 ni ..

    ReplyDelete
  55. salam terima kaseh kpada pnulis , nk copy untuk final exam ^_^

    ReplyDelete
  56. salam.. nak copy sikit eh? terima kasih :)

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum. Saya nak copy ye, untuk kegunaan rujukan mendapatkan isi2 penting. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  58. salam, nak copy eh? thanks

    ReplyDelete
  59. Salam nak copy sikit..tengkiu..:)

    ReplyDelete
  60. mohon copy :) tenkiu

    ReplyDelete
  61. nak tengok jap boleh...??

    ReplyDelete
  62. salam,,, nak mintak copy sikit ye..boleh?

    ReplyDelete
  63. Nk copy laa...boleh x?

    ReplyDelete
  64. salam ..na mita izin copy ok...:)

    ReplyDelete
  65. Copy sikit yerr..

    ReplyDelete
  66. mohon ambil sedikit points..thanks..:)

    ReplyDelete
  67. Nk copy :D Thanks~

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum, sy pun nak copy sbb nak cepat. Thank you

    ReplyDelete
  69. Mohon copy ye :3

    ReplyDelete
  70. Nak copy pendahuluan eh.. terima kasih~ hahaha

    ReplyDelete
  71. Nak minta copy eh, thank you!

    ReplyDelete
  72. Copy ayat sikit yaaa. hehehe thankyouuu :))

    ReplyDelete
  73. minta copy ye...thanks!

    ReplyDelete
  74. Good.thanks for helping me

    ReplyDelete
  75. minta copy ya ! :) thnks

    ReplyDelete
  76. hai nk copy ayat skit blh.? thx

    ReplyDelete
  77. Minx izin utk copy karngan nie...trima ksih...

    ReplyDelete
  78. Mintak copy dulu ye bang ntuk hw saya..haha

    ReplyDelete
  79. kopipasta yew.... tqvm

    ReplyDelete
  80. thanks for sharing , it is help me a lot :-)

    ReplyDelete
  81. tumpang copy ye nak wat rujukan

    ReplyDelete
  82. Salam. Minta copy. Thanks.

    ReplyDelete
  83. nak ambil isi dia je utk ujian bertutur PT3...thanks!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...