Saturday, November 3, 2012

Karangan Pencemaran Sungai

# Hak cipta sendiri. Kalau nak copy sila inform. Terima kasih.

    Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat seantero dunia tentang isu pencemaran sungai. Lantaran terlalu sering dihidangkan pembangunan yang semakin rancak, tidak hairanlah jika kita sering tersentak dengan pelbagai permasalahan berkaitan dengan sungai tercemar. Ratusan usaha telah dimulakan sama ada oleh kerajaan mahupun dari organisasi bukan kerajaan. Namun, isu pencemaran sungai ini terus-menerus terpampang di dada akhbar sehingga tidak kelihatan titik noktahnya. Lama-kelamaan, isu ini menjadi semakin dilupakan kerana masyarakat sudah lali dengan berita yang semakin basi. Persoalannya, siapakah yang patut dipersalahkan di atas kerosakan ini?

    Sebagaimana yang kita ketahui, manusia telah lama bergantung dengan sungai demi mendapatkan keperluan asas. Jadi, tidak hairanlah jika ramai orang membina petempatan di pinggir sungai. Namun, ada masyarakat yang membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai tanpa memikirkan natijahnya. Perkara sebegini sudah menjadi lumrah masyarakat sehingga ramai yang hanya bersikap menutup mata apabila ada pihak yang membuang sampah ke dalam sungai. Kemalasan pihak yang tidak bertanggungjawab ini sudah pastinya membawa kepada kesan yang negatif. Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Pengaliran, setiap tahun terdapat 55000 hingga 77000 tan sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai. Walaupun terdapat puluhan perangkap sampah yang dipasang di sepanjang sungai, masih banyak lagi sampah yang masih hanyut hingga ke laut. Akibatnya, sampah sarap ini bukan hanya mencemarkan sungai malah laut juga turut tercemar.

    Bertitik tolak daripada itu, terdapat juga faktor pembuangan sisa toksik daripada kilang perindustrian. Bahan buangan perindustrian pada umumnya bersifat asid dan berbahaya kepada alam sekitar. Keasidan bahan buangan ini sudah tentu akan membawa perubahan drastik kepada kehidupan akuatik di dalam sungai.  Jumlah ikan akan menurun kerana terdedah kepada keasidan sisa toksik perindustrian. Akibatnya, nelayan akan hilang punca pendapatan kerana kekurangan hasil tangkapan. Sikap ibarat 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' yang ditunjukkan oleh pengusaha kilang ini juga turut memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat umum. Sungai yang selama ini menjadi punca air minuman akan menyebabkan kesihatan orang ramai terjejas kerana kandungan air yang kotor dan bertoksik. Jadi, sikap acuh tidak acuh pengusaha kilang perlu dibanteras demi kesihatan manusia sejagat.

    Dalam konteks ini, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai iaitu pertanian. Pertanian merupakan punca utama mengapa sungai-sungai di kawasan pedalaman tercemar. Pencemaran ini berlaku akibat baja yang mengalir daripada kawasan pertanian ke arah sungai. Pada umumnya, baja mengandungi ammonium dan nitrat yang akan merangsang pertumbuhan alga di dalam sungai. Hal ini justeru akan menyebabkan pertumbuhan alga yang tidak terkawal. Pada masa yang sama, hidupan akuatik tidak mendapat oksigen daripada permukaan air lalu menyebabkan banyak hidupan akuatik mati. Fenomena eutrofikasi ini akan menyebabkan tahap oksigen di dalam air menurun dengan drastik dan seterusnya menyebabkan pencemaran sungai yang teruk.

    Dalam zaman yang serba canggih ini, sesuatu kawasan seringkali tidak terlepas daripada proses urbanisasi. Pembangunan kini semakin rancak 'bak cendawan tumbuh selepas hujan'. Namun, proses urbanisasi ini turut mendatangkan kesan negatif terutamanya kepada sungai. Gangguan fizikal yang disebabkan oleh pembangunan menyebabkan struktur sungai berubah sehingga timbul mendapan-mendapan kotor di pinggir sungai. Di samping itu, sistem rawatan kumbahan yang tidak sistematik turut menyebabkan pencemaran sungai menjadi semakin parah. Faktor-faktor sebegini secara tidak langsung memberi sebab utama mengapa kawasan bandar mempunyai sungai yang sangat tercemar.

    Konklusinya, pencemaran sungai pada masa kini semakin menjadi-jadi. Oleh itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam memulihara sungai yang tercemar. Kita perlu memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan sungai mulai sekarang kerana jika 'nasi sudah menjadi bubur', tidak banyak yang dapat kita usahakan untuk merawat sungai yang tercemar. Jika semua masyarakat berganding bahu 'ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni', nescaya isu pencemaran sungai ini akan dibanteras dengan jayanya.

117 comments:

  1. nak pinjam ayat ? harap halalkan, terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. pinjam ayat? boleh??? trimas bro

    ReplyDelete
  3. copy paste ~
    perak

    ReplyDelete
  4. minta izin copy...terima kasih
    ~SS~

    ReplyDelete
  5. Hebat bahasa yang digunakan :D

    ReplyDelete
  6. Nak curi sekejap , hehe :D Nak buat karangan . kebetulan tajuk same , boleh ? :P

    ReplyDelete
  7. minta izin untuk copy.. nak buat rujukan untuk forum

    ReplyDelete
  8. nk mntak izin utk copy . boleh ye ,, hrp di halal kn :)

    ReplyDelete
  9. Mintak izin copy yee :)

    ReplyDelete
  10. nak mintak copy. keje skola hehe

    ReplyDelete
  11. minta izin copy pendahuluan.. tp, ada ayat yg diubah.. tak ambil seratus peratus. terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. Bro,nak copy..thanks

    ReplyDelete
  13. nak copy..thanks..


    ReplyDelete
  14. Minta izin nak copy

    ReplyDelete
  15. pinjam isi, nak huraikan byk lgi, tq.. :)

    ReplyDelete
  16. minta izin utk pinjam ayat,thank youuuuuu

    ReplyDelete
  17. copy ye cik abam ^_^

    ReplyDelete
  18. minta izin copy...tima kasih..

    ReplyDelete
  19. nk copie pendahuluan aje..
    thankiew..

    ReplyDelete
  20. nak copy . halal k :)

    ReplyDelete
  21. nk copy utk ujian lisan. :D

    ReplyDelete
  22. nak copy ayat ... mintak halal...

    ReplyDelete
  23. penulisan dalm tajuk pecemaran air ni sangat hebat...nak mintak copy jugak...untuk rujukkan...terima kasih...harap halal jugak...heheh

    ReplyDelete
  24. saya nak copy pendahuluan dalam karangan ini boleh tak

    ReplyDelete
  25. minta izin copy ty

    ReplyDelete
  26. mntak isi ...
    boleh??
    hrap boleh....

    ReplyDelete
  27. Ni karangan paling awesome ... Aku cri yg bnyk.pencmrn alm sekitr je bnyk .. Nk tiru blehh .. Hahaha

    ReplyDelete
  28. copy ya, trima kasih :)

    ReplyDelete
  29. hai,saya nak minta izin untuk copy karangan ini boleh..?minta2 lah boleh!

    ReplyDelete
  30. nak copy ~ kena hantar esok nie .. idea tak de .. boleh ..? :D

    ReplyDelete
  31. Minta copy ya , bagus karangan ni !

    ReplyDelete
  32. minta izin nak copy :D thank you

    ReplyDelete
  33. Mintak copy untuk bahan rujukan.. halalkan ilmunya.. terima kasih

    >>Dira Luis

    ReplyDelete
  34. for a quick revision.thanks.

    ReplyDelete
  35. sya dah copy tapi baru nak mintak izin..maaf x minta izin awl2..:)

    ReplyDelete
  36. minta izin nak copy....kasih banyak banyak.

    ReplyDelete
  37. nk copy bro... thanks.. halalkan ye.

    ReplyDelete
  38. minta izin copy ye, thank you!

    ReplyDelete
  39. nak amik. semua karangan yg anda buat. tq

    ReplyDelete
  40. nak mintak copy wat keje skolah halal yee

    ReplyDelete
  41. nak pinjam untuk spm, terima kasih =)

    ReplyDelete
  42. aslm bro , amber nak copy krgn lu bleh,,, trimas :)

    ReplyDelete
  43. minta izin nk copy..tq

    ReplyDelete
  44. copy ayat bley nk wat rujukn exam

    ReplyDelete
  45. minta izin yuk copy boley...trimass

    ReplyDelete
  46. min izin copy ye . tq

    ReplyDelete
  47. nak copy ? terima kasih. harap dihalalkan.

    ReplyDelete
  48. mintak copy yer.. :) harap dihalalkan.

    ReplyDelete
  49. Boleh sy copy?nak wat keje skolah.harap halalkan ea

    ReplyDelete
  50. ilmu yang sangat bermanfaat. minta izin untuk cedok dan copy sedikit ilmu yang telah dipaparkan untuk membuat rujukan. harap halalkan. mekasih. (:

    ReplyDelete
  51. Nak copy sikit. Harap halalkan. Thank you!

    ReplyDelete
  52. mintak izin cpoy karangan ni ye :) terima kasih

    ReplyDelete
  53. nk ayat~ boleh? hrp halalkn :D

    ReplyDelete
  54. Mohon pinjam..halalkan dunia akhirat kay?

    ReplyDelete
  55. nak copy for revision.... thanks a lot :) your karangan was very good!!!! C;

    ReplyDelete
  56. slm...mntk izin nk copy :)
    mntk halalkn ilmu .
    terima kasih

    ReplyDelete
  57. Minta halalkan ilmu Ini ya? Ingin mengambilnya sebagai rujukan :)

    ReplyDelete
  58. nak copy. untuk rujukan. thank you :)

    ReplyDelete
  59. nak copy...untuk rujukan...terima kasih

    ReplyDelete
  60. saya nak minta izin untuk copy karangan ini untuk buat rujukan. Harap ilmu dihalalkan :)

    ReplyDelete
  61. Saya mohon copy untuk anak murid saya.T kasih ye

    ReplyDelete
  62. saya pon amek skit ayat admin ye..

    ReplyDelete
  63. Sy nak copy ye :) terima kasih harap halalkan

    ReplyDelete
  64. Saya nak copy untuk ulangkaji for exam . Terima kasih :)

    ReplyDelete
  65. Mintak izin. Halal kan ye.

    ReplyDelete
  66. Mohon copy. Thankyou. Moga Allah berkati :)

    ReplyDelete
  67. minta izin nak copy
    terima kasih

    ReplyDelete
  68. nak minta izin copy ya . bagus ayat ! =D

    ReplyDelete
  69. hallkn ye....sy mau copy...just for rujukan

    ReplyDelete
  70. Mohon copy untuk buat contoh pt3 erk .. terima kaseyh

    ReplyDelete
  71. wanna copy ~ thankyouuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ~ :)

    ReplyDelete
  72. minta halalkan ye..nk buat rujukan

    ReplyDelete
  73. Minta izin copy utk schoolwork n rujukan

    ReplyDelete
  74. wanna copy this plis :) 10q

    ReplyDelete
  75. i want 2 copy....

    ReplyDelete
  76. thank u 4 d essay...

    ReplyDelete
  77. terima kasih na copy krn pt3

    ReplyDelete
  78. copy ya! thanks i really need it . good karangan btw :)

    ReplyDelete
  79. nak salin utk peksa....boleh ye?harap halalkan n dapat konsi ilmu ini......terima kasih........

    ReplyDelete
  80. mintak utk rujukan

    ReplyDelete
  81. Izinkan utk copy yee? Tq :)

    ReplyDelete
  82. assalammualikum . saya mintak izin nak copy karangan awak untok exam spm nanti . harap awak halal kan . terima kasih .

    ReplyDelete
  83. Mntak copy nk buat rujukan ... tq

    ReplyDelete
  84. izinkan saya copy isi anda. isi yg sgt relevan.

    ReplyDelete
  85. Hai and assalamualaikum. Saya pinjam ayat awak ea. Hope dihalalkan

    ReplyDelete
  86. Copy paste eh? Harap dihalalkan. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...